Thursday, November 12, 2009

bermula daripada adam

wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu (bermula) dari yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada Adam itu pasangannya (Hawa), dan juga yang menggerakkan dari kedua-duanya -zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu..
(an-nisa’ : 1)

demikianlah sejarah bermulanya manusia.. Adam selaku manusia pertama diciptakan ALLAH selaku khalifah dimuka bumi ini. Daripada Adam diciptakan Hawa sebagai pelengkap kehidupan seorang lelaki.. Begitulah peranan lelaki dan wanita yang sama-sama mempunyai peranan dalam memakmurkan bumi ini.

manusia di atas muka bumi ini diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab untuk saling meyokong. membantu, dan memberi peringatan.. Namun, dalam sesebuah keluarga ada adik beradik yang bermusuhan..

Maka di antara mereka, ada ALLAH yang melihat dan menilai.. ALLAH penilai yang maha bijak dan maha saksama…

2 comments:

Sitie BUm BUm said...

=)

syahira ariff said...

wanita itu dicipta dr tulang rusuk adam,bkn dr kaki utk di pijak atau di kepala untuk dijunjung
nice entri,,,


awak,
nanti kummentlaa new entri sy
(^_____^)hee~